Jangan Sombong Nak Tolong Adik Beradik. Seburuk-Buruknya, Ia Tetap Darah Daging Kita

Bercerita tentang adik beradik memang tak pernah habis. Masing-masing mempunyai perangai dan sikap yang berbeza-beza. Kalau 10 orang adik beradik, 10 perangailah juga. Semuanya tak akan sama.

Begitu juga nasib adik beradik, semuanya berbeza. Mungkin ada yang ditakdirkan hidup senang ada yang susah dan ada yang ‘biasa-biasa’ sahaja. Jadi, usahlah mendabik dada, sebaliknya tolonglah antara satu sama lain.

Ketahuilah kita dilahirkan dari perut mak yang sama dan ayah yang sama. Tak perlulah nak membanding-bandingkan atau bbersengketa. Susah atau senang macam mana pun, adik beradik inilah yang dicari.

Perkongsian daripada Khairi Syazwan mampu membuka mata keluarga yang mengalami pergaduhan dan ada yang tidak bercakap kerana sedikit salah faham. Moga ia memberi manfaat untuk keluarga dan adik beradik di luar sana.

Lahir Dalam Perut Yang Sama
Seburuk buruk adik beradik ia tetap darah daging kita, sehina hina adik beradik ia tetap keluarga terdekat kita, sejahat jahat adik beradik ia tetap dikandungkan dari perut yang sama dan benih yang sama

Jangan selalu lihat keburukan adik beradik sehingga lupa akan kebaikannya kerana adik beradik tetap adik beradik cuma dilahirkan berlainan nasib dalam hidupnya. Ada yang susah ada yang senang, jangan kita bangga sekiranya kita lebih baik dari adik beradik yang lain kerana suatu hari nanti semua akan berbalik

Adik Beradik Yang Tolong

Jangan kita angkuh dan sombong kepada adik beradik yang kurang bernasib baik kerana mereka yang akan tolong susah payah kita satu hari nanti tanpa kita sangka.

Jangan terlalu berkira akan harta dan duit yang kita ada kerana harta dan duit takkan kekal selamanya.. Pernah ka kita terpikir siapa yang angkat jenazah kita kelak? Pernah kah kita terpikir siapa keluarga terdekat kita yang membungkus mayat kita kelak? Adakah harta boleh tolong kita ketika mayat dibungkus kelak

Tidak. adik beradik kita sejahat mana pun ia, ia takkan jijik menyentuh mayat kita walaupun ia hina buruk dan jahat dimata kita.. Jangan terlalu benci akan adik beradik kerana adik beradik tetap adik beradik.

Berkatnya rezeki dari tali persaudaraan adik beradik.. Semoga kita ingat akan siapa diri kita, kita hanya hamba yang hina di mata Allah.
.
Semoga kita dilembutkan hati dari perasaan benci kepada sesama adik beradik mau pun manusia lain. Amiin ya rabbal alamiin..

Sumber: Khairi Syazwan

Artikel Popular



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*