Merawat Diebetes dan Batu Karang Secara Semulajadi

1. Siapa yang tidak kenal dengan pokok lidah jin, yang sering dijadikan hiasan di halaman rumah. Penjagaannya mudah dan warnanya sedap mata memandang. Pokok lidah jin merujuk kepada tumbuhan dari Genus Sansevieria. Terdapat sekitar 66 spesis di bawah genus ini.

2. Pokok lidah jin yang diviralkan itu adalah dari spesis Sansevieria trifasciata. Pokok ini didakwa digunakan untuk merawat diabetes dan batu karang. Hasil pencarian penulis, terdapat 66 jurnal penyelidikan yang pernah ditulis mengenai lidah jin dan kurang dari 10 jurnal menyiasat potensi perubatan pokok ini.

3. Pokok lidah jin ini dilaporkan mempunyai sebatian kimia dari kelas steroid saponin, pregnan glycosides, dihydrochalcones dan homoisoflavones.

4. Dalam satu kajian kesan toksik akut terhadap sampel tikus, pemberian sehingga 18 g bagi setiap kg berat tikus mendapati tiada gejala kesan toksik aku diperhatikan selama 24 jam. Lethal dose 50 iaitu dos yang akan menyebabkan kematian 50% subjek kajian dikira pada 600 mg bagi setiap kg berat tikus.

5. Terdapat satu kajian ekstrak lidah jin terhadap subjek tikus yang diinduksi supaya mengidap diabetes. Pemberian ekstrak air daun lidah jin mengurangkan paras glukosa dalam darah dalam kajian selama 30 hari tersebut.
Kambing Aqiqah Murah Indonesia

6. Selain itu pokok ini juga dikaji untuk kesan antiulser dan antiallergik.

7. Kesimpulannya, tiada bukti kukuh penggunaan daun lidah jin berkesan menurunkan paras gula dalam darah di dalam subjek manusia. Hanya terdapat satu kajian terhadap model tikus dan tidak cukup untuk mengatakan penggunaannya merawat diabetes dan batu karang.

Sekian, semoga bermanfaat

Che Puteh Osman
PhD (Natural Product Chemistry)

Rujukan:
Anbu, J. S. J., Jayaraj, P., Varatharajan, R., Thomas, J., James, J., & Muthappan, M. (2009). Analgesic and antipyretic effects of Sansevieria Trifasciata leaves. African Journal of Traditional, Complementary and Alternative Medicines, 6(4), 529-533.

Andhare, R. N., Raut, M. K., & Naik, S. R. (2012). Evaluation of antiallergic and anti-anaphylactic activity of ethanolic extract of Sanseveiria trifasciata leaves (EEST) in rodents. Journal of Ethnopharmacology, 142(3), 627-633. doi:10.1016/j.jep.2012.05.007

Ighodaro, O. M., Adeosun, A. M., Ojiko, B. F., Akorede, A. T., & Fuyi-Williams, O. (2017). Toxicity status and antiulcerative potential of Sansevieria trifasciata leaf extract in wistar rats. Journal of Intercultural Ethnopharmacology, 6(2), 234-239. doi:10.5455/jice.20170421103553

Mimaki, Y., Inoue, T., Kuroda, M., & Sashida, Y. (1996). Steroidal saponins from Sansevieria trifasciata. Phytochemistry, 43(6), 1325-1331. doi:10.1016/S0031-9422(96)00397-4

Artikel Popular



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*