Kiamat tak akan berlaku sebelum 2033

- Advertisement -

BANYAK tersebar mengenai jangkaan-jangkaan tarikh Kiamat. Ada yang menyandarkan kepada Hadis bahawa Nabi menyatakan tarikh tertentu, ada juga yang mengikut ramalan astronomi, seperti bumi akan dilanggar asteroid dan sebagainya. Sedikit sebanyak perkara ini menimbulkan panik di kalangan orang awam.

Perlu dijelaskan bahawa tiada Hadis-hadis Sahih yang menyatakan tarikh-tarikh tertentu kiamat akan berlaku. Hadis kebanyakannya bersifat umum kerana tujuan utamanya adalah bagi memberi peringatan supaya kita sentiasa bersedia bila-bila masa.

Walau bagaimanapun ada disebutkan beberapa tanda akhir zaman yang menjadi penanda aras dekatnya berlaku Kiamat. Daripada tanda-tanda yang disebutkan, kebanyakannya telahpun berlaku.

Terdapat beberapa Hadis yang menyebutkan mengenai kronologi dan tempoh masa. Sedikit sebanyak ia boleh menjadi petunjuk berapa lamakah lagi masa yang kita ada sebelum Kiamat berlaku.

Sekurang-kurangnya terdapat empat hadis tanda akhir zaman yang berkait dengan masa yang boleh dijadikan petunjuk mengenai tempoh masa ini. Ianya seperti berikut:

1.ย ย ย ย  Enam tahun malhamah

ุจูŠู† ุงู„ู…ูŽู„ู’ุญูŽู…ุฉู ูˆููŽุชู’ุญู ุงู„ู…ุฏูŠู†ุฉู ุณูุชู‘ู ุณูู†ููŠู†ูŽุŒ ูˆูŠูุฎุฑูุฌู ุงู„ู…ูŽุณูŠุญู ุงู„ุฏู‘ูŽุฌู‘ูŽุงู„ู ููŠ ุงู„ุณู‘ูŽุงุจุนุฉู

“Tempoh antara berlakunya malhamah dan pembukaan kota (Constantinople) adalah enam tahun. Dajjal akan muncul pada tahun ke tujuh.”

[HR Abu Daud]

2.ย ย ย ย ย  Tiga tahun kemarau

ุฅู†ู‘ูŽ ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุฎูุฑููˆุฌู ุงู„ุฏู‘ูŽุฌู‘ูŽุงู„ู ุซูŽู„ุงูŽุซูŽ ุณูŽู†ูŽูˆูŽุงุชู ุดูุฏูŽุงุฏู ูŠูุตููŠุจู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณูŽ ูููŠู‡ูŽุง ุฌููˆุนูŒ ุดูŽุฏููŠุฏูŒ ูŠูŽุฃู’ู…ูุฑู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽุงุกูŽ ูููŠ ุงู„ุณู‘ูŽู†ูŽุฉู ุงู„ุฃููˆู„ูŽู‰ ุฃูŽู†ู’ ุชูŽุญู’ุจูุณูŽ ุซูู„ูุซูŽ ู…ูŽุทูŽุฑูู‡ูŽุง ูˆูŽูŠูŽุฃู’ู…ูุฑู ุงู„ุฃูŽุฑู’ุถูŽ ููŽุชูŽุญู’ุจูุณู ุซูู„ูุซูŽ ู†ูŽุจูŽุงุชูู‡ูŽุง ุซูู…ู‘ูŽ ูŠูŽุฃู’ู…ูุฑู ุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽุงุกูŽ ูููŠ ุงู„ุณู‘ูŽู†ูŽุฉู ุงู„ุซู‘ูŽุงู†ููŠูŽุฉู ููŽุชูŽุญู’ุจูุณู ุซูู„ูุซูŽู‰ู’ ู…ูŽุทูŽุฑูู‡ูŽุง ูˆูŽูŠูŽุฃู’ู…ูุฑู ุงู„ุฃูŽุฑู’ุถูŽ ููŽุชูŽุญู’ุจูุณู ุซูู„ูุซูŽู‰ู’ ู†ูŽุจูŽุงุชูู‡ูŽุง ุซูู…ู‘ูŽ ูŠูŽุฃู’ู…ูุฑู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽุงุกูŽ ูููŠ ุงู„ุณู‘ูŽู†ูŽุฉู ุงู„ุซู‘ูŽุงู„ูุซูŽุฉู ููŽุชูŽุญู’ุจูุณู ู…ูŽุทูŽุฑูŽู‡ูŽุง ูƒูู„ู‘ูŽู‡ู ููŽู„ุงูŽ ุชูŽู‚ู’ุทูุฑู ู‚ูŽุทู’ุฑูŽุฉูŒ ูˆูŽูŠูŽุฃู’ู…ูุฑู ุงู„ุฃูŽุฑู’ุถูŽ ููŽุชูŽุญู’ุจูุณู ู†ูŽุจูŽุงุชูŽู‡ูŽุง ูƒูู„ู‘ูŽู‡ู ููŽู„ุงูŽ ุชูู†ู’ุจูุชู ุฎูŽุถู’ุฑูŽุงุกูŽ ููŽู„ุงูŽ ุชูŽุจู’ู‚ูŽู‰ ุฐูŽุงุชู ุธูู„ู’ูู ุฅูู„ุงู‘ูŽ ู‡ูŽู„ูŽูƒูŽุชู’ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ู…ูŽุง ุดูŽุงุกูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูโ€.โ€ ู‚ููŠู„ูŽ ููŽู…ูŽุง ูŠูุนููŠุดู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณูŽ ูููŠ ุฐูŽู„ููƒูŽ ุงู„ุฒู‘ูŽู…ูŽุงู†ู ู‚ูŽุงู„ูŽ โ€ุงู„ุชู‘ูŽู‡ู’ู„ููŠู„ู ูˆูŽุงู„ุชู‘ูŽูƒู’ุจููŠุฑู ูˆูŽุงู„ุชู‘ูŽุณู’ุจููŠุญู ูˆูŽุงู„ุชู‘ูŽุญู’ู…ููŠุฏู ูˆูŽูŠูุฌู’ุฑูŽู‰ ุฐูŽู„ููƒูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ู…ูŽุฌู’ุฑูŽู‰ ุงู„ุทู‘ูŽุนูŽุงู…ู

“Sesungguhnya sebelum keluar Dajjal akan berlaku 3 tahun yang sangat dahsyat. Manusia akan dilanda kelaparan yang teruk. Allah akan memerintahkan langit menghentikan satu per tiga hujan, dan memerintahkan bumi menahan satu per tiga tumbuhan. Pada tahun kedua, Dia akan memerintahkan langit menghentikan dua per tiga hujan, dan memerintahkan bumi menahan dua per tiga tumbuhan. Pada tahun ketiga, tuhan akan memerintahkan langit menghentikan keseluruhan hujan dan bumi menahan keseluruhan tumbuhan. Kesemua tanah akan kering kontang dan tandus. Sahabat bertanya apakah makanan manusia pada waktu itu? Baginda menjawab, tahlil takbir dan tahmid. Perkara tersebut akan dapat menggantikan makanan.”

[HR Ibn Majah]

*Tempoh ini berlaku dalam masa 6 tahun Malhamah.

3.ย ย ย ย ย  40 hari kemunculan Dajjal

ูŠูŽุฎู’ุฑูุฌู ุงู„ุฏู‘ูŽุฌู‘ูŽุงู„ู ููŠ ุฎููู‘ูŽุฉู ู…ู† ุงู„ุฏู‘ููŠู†ูุŒ ูˆุฅุฏุจุงุฑู ู…ู† ุงู„ุนู„ู…ูุŒ ูˆู„ู‡ ุฃุฑุจุนูˆู† ูŠูˆู…ู‹ุง ูŠูŽุณููŠุญูู‡ุงุŒ ุงู„ูŠูˆู…ู ู…ู†ู‡ุง ูƒุงู„ุณู†ุฉูุŒ ูˆุงู„ูŠูˆู…ู ูƒุงู„ุดู‡ุฑูุŒ ูˆุงู„ูŠูˆู…ู ูƒุงู„ุฌูู…ูุนุฉูุŒ ุซู… ุณุงุฆุฑู ุฃูŠุงู…ูู‡ู ู…ุซู„ู ุฃูŠุงู…ููƒู…ุŒ ูˆู„ู‡ ุญู…ุงุฑูŒ ูŠูŽุฑู’ูƒูŽุจูู‡ู ุนูŽุฑู’ุถู ู…ุง ุจูŠู† ุฃูุฐูู†ูŽูŠู’ู‡ู ุฃุฑุจุนูˆู† ุฐุฑุงุนู‹ุงุŒ ูŠุฃุชูŠ ุงู„ู†ุงุณูŽุŒ ููŠู‚ูˆู„ : ุฃู†ูŽุง ุฑุจู‘ููƒู…ุŒ ูˆุฅู† ุฑุจู‘ูŽูƒู… ู„ูŠุณ ุจุฃูŽุนู’ูˆูŽุฑูŽุŒ ู…ูƒุชูˆุจูŒ ุจูŠู† ุนูŽูŠู’ู†ูŽูŠู’ู‡ู ูƒ ู ุฑุŒ ูŠูŽู‚ู’ุฑูŽุฃูู‡ู ูƒู„ู‘ู ู…ุคู…ู†ูุŒ ูƒุงุชุจูŒ ูˆุบูŠุฑู ูƒุงุชุจูุŒ ูŠูŽู…ูุฑู‘ู ุจูƒู„ู‘ู ู…ุงุกู ูˆู…ูŽู†ู’ู‡ูŽู„ูุŒ ุฅู„ุง ุงู„ู…ุฏูŠู†ุฉูŽ ูˆู…ูƒุฉูŽุŒ ุญูŽุฑู‘ูŽู…ูŽู‡ูู…ุง ุงู„ู„ู‡ู ุนู„ูŠู‡ุŒ ูˆู‚ุงู…ุชู ุงู„ู…ู„ุงุฆูƒุฉู ุจุฃุจูˆุงุจูู‡ูู…ุง

“Dajjal keluar ketika urusan agama semakin diringankan, dan ilmu semakin ditinggalkan. Dia berkeliaran selama 40 hari. Sehari umpama setahun, sehari umpama sebulan, sehari umpama seminggu dan hari-hari berbaki umpama hari-harimu yang biasa. Dia memiliki keldai yang ditunggangi. Lebar kedua telinganya 40 hasta. Dia mendatangi manusia lalu berkata, aku tuhanmu, sedangkan tuhan tidak cacat mata sepertinya. Tertulis antara dua matanya huruf Kaf Fa’ Ra’, boleh dibaca oleh semua orang beriman sama ada yang celik mahupun buta huruf. Akan mendatangi setiap kawasan tanah dan laut, kecuali Mekah dan Madinah, Allah mengharamkan keduanya darinya, dan malaikat menjaga pintu-pintunya.”

[HR Ahmad]

*Jika dicampur sehari umpama setahun (354), sebulan (30), seminggu (7) dan baki hari-hari lain (37), maka jumlahnya adalah 428 hari atau lebih kurang setahun 2 bulan.

โš›4.ย ย ย ย ย  Tujuh tahun pemerintahan al-Mahdi

ูŠุฎุฑุฌู ููŠ ุฃูู…ุชูŠ ุงู„ู…ู‡ุฏูŠู‘ู ุŒ ูŠุณู‚ูŠู‡ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุบูŠุซูŽ ุŒ ูˆุชูุฎุฑูุฌู ุงู„ุฃุฑุถู ู†ุจุงุชูŽู‡ุง ุŒ ูˆูŠูุนุทููŠ ุงู„ู…ุงู„ูŽ ุตูุญุงุญู‹ุง ุŒ ูˆุชูŽูƒุซูุฑู ุงู„ู…ุงุดูŠุฉู ุŒ ูˆุชุนุธู…ู ุงู„ุฃู…ู‘ูŽุฉู ุŒ ูŠุนูŠุดู ุณุจุนู‹ุง ุฃูˆ ุซู…ุงู†ูŠู‹ุง ุŒ ูŠุนู†ูŠ ุญูุฌูŽุฌู‹ุง

“Imam al-Mahdi bakal keluar untuk umatku. Allah bakal menurunkan hujan bersamanya. Allah juga bakal mengeluarkan tumbuhan dari bumi. Akan dilimpahi dengan harta. Binatang peliharaan akan menjadi banyak. Umat ini akan menjadi agung. Dan dia akan hidup selama tujuh atau lapan tahun, sebagai hujah.”

[HR Hakim]

*tempoh ini hanya boleh berlaku setelah Kerajaan Dajjal dihapuskan dan digantikan dengan khilafah Islam.

Jika dicampur kesemua tempoh masa ini (6 tahun Malhamah + 1 tahun Dajjal + 7 tahun khilafah Islam), lebih kurang 14 tahun diperlukan untuk kesemua tanda-tanda ini berlaku.

Sehingga sekarang, tanda-tanda tersebut masih belum lagi berlaku. Maka kemungkinan besar tempoh tersebut akan lebih lama lagi kerana terdapat beberapa tanda lagi yang mesti berlaku.

Justeru secara mudah boleh kita katakan, sekurang-kurangnya Kiamat tidak akan berlaku dalam tempoh 14 tahun mendatang. Maka kita bolehlah menolak sebarang andaian dan ramalan yang mengatakan kiamat akan berlaku dalam tempoh kurang 14 tahun daripada sekarang.

Sekiranya Malhamah meletus tahun ini (1441/2019), paling awal kiamat boleh berlaku adalah (1455/2033). Namun jika Malhamah masih lagi belum berlaku tahunย  ini, maka kiraan turun 14 tahun tidak akan bermula lagi.

Perlu diingatkan, Malhamah tidak akan meletus sebelum berlaku dua tanda sebagaimana Hadis berikut:

ุนูู…ู’ุฑูŽุงู†ู ุจูŽูŠู’ุชู ุงู„ู’ู…ูŽู‚ู’ุฏูุณู ุฎูŽุฑูŽุงุจู ูŠูŽุซู’ุฑูุจูŽ ูˆูŽุฎูŽุฑูŽุงุจู ูŠูŽุซู’ุฑูุจูŽ ุฎูุฑููˆุฌู ุงู„ู’ู…ูŽู„ู’ุญูŽู…ูŽุฉู ูˆูŽุฎูุฑููˆุฌู ุงู„ู’ู…ูŽู„ู’ุญูŽู…ูŽุฉู ููŽุชู’ุญู ู‚ูุณู’ุทูŽู†ู’ุทููŠู†ููŠู‘ูŽุฉูŽ ูˆูŽููŽุชู’ุญู ุงู„ู’ู‚ูุณู’ุทูŽู†ู’ุทููŠู†ููŠู‘ูŽุฉู ุฎูุฑููˆุฌู ุงู„ุฏู‘ูŽุฌู‘ูŽุงู„ู.

“Kepesatan Baitul Maqdis adalah tanda keruntuhan Madinah. Keruntuhan Madinah adalah tanda berlakunya perang besar. Perang besar adalah tanda adalah berlakunya pembukaan kota Constantinople. Pembukaan Constantinople adalah tanda keluarnya Dajjal.”

[HR Abu Daud]

Walau bagaimanapun, semuanya dalam ilmu Allah S.W.T. Lebih baik kita bersiap daripada sekarang. Kerana kiamat kecil (mati) boleh berlaku bila-bila masa sahaja daripada sekarang.

Wallahualam.

(ALANG IBN SHUKRIMUN)
14 Safar 1441
15 2019 Oktober

โšชTelegram:
telegram.me/AlangIbnShukrimun

?Facebook: http://fb.com/AlangShukrimun

- Advertisement -


?Instagram: http://instagram.com/alangibnshukrimun

โšซTwitter: http://twitter.com/alangshukrimunHARAKAHDAILY 15/10/2019

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -