Bola: Ex-Perak Yeop 90 atasi Pemuda PAS

    - Advertisement -

    KUALA KANGSAR: Perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan Pemuda PAS Negeri Perak menentang pasukan Ex-Perak Yeop 90 telah berlangsung di Padang Majlis Perbandaran, di sini malam kelmarin.

    - Advertisement -

    Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria antara yang turut meluangkan masa bermain bersama pasukan Pemuda PAS Perak sebagai meraikan aktiviti cergas anak muda ini.

    Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait berkata, perlawanan seumpama ini penting dan menjadi salah satu agenda hubungan kerjasama strategik PAS dengan pelbagai pihak.

    Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri dan Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Zahid Abu Bakar dan pimpinan utama Pemuda PAS Perak menjadi tonggak utama perlawanan ini.

    Sementara itu, Ustaz Hafez yang juga Pengarah Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Malaysia turut menjelaskan bahawa pihaknya komited menganjurkan program dengan tema “Fit Is Sunnah”.

    Sebelum perlawanan bermula, para pemain dan penyokong yang hadir mendirikan solat Isyak berjemaah di tepi padang sebagai menunaikan kewajiban disebalik aktiviti sukan dijayakan.

    Perlawanan pantas dan menarik ditunjukkan kedua-dua pasukan berkesudahan memihak kepada pasukan Ex-Perak Yeop 90 dengan kemenangan menerusi jaringan tipis 3-2.

    Perlawanan tersebut turut disaksikan oleh lagenda bola sepak Perak dan bekas Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff yang kini sebagai Penolong Jurulatih Melaka.

    Dalam pada itu, Pengarah DACS Perak, Abdul Hadi Azman selaku penganjur turut memperkenal dan menggunakan jersi baru pasukan ditaja oleh Cocoteen yang diasaskan PU Syed. – HARAKAHDAILY 15/10/2019

    - Advertisement -