Uncategorized
5Thun menanti zurlat, Pengacara terkenal Yaya Zahir Kongsi Detik Beritahu Suami buat ramai trsentuh

5Thun menanti zurlat, Pengacara terkenal Yaya Zahir Kongsi Detik Beritahu Suami buat ramai trsentuh
Baru-baru ini, pengacara televisyen dan usahawan Yaya Zahir mengumumkan bahawa dirinya kini sedang hamil anak pertama yang sudah mencecah enam bulan usia kandungan.
Menerusi perkongsian Yaya di Instagramnya, dia memuat naik sebuah video yang memaparkan reaksi sebak dan gembira ahli keluarga serta rakan-rakannya apabila berkongsi berita kehamilan tersebut.
Ujarnya, dia telah lama menyimpan rahsia mengenai kehamilannya dan memohon orang ramai untuk mendoakan dirinya dan bayi. “Kept it as a secret for way too long. Not long now and please pray for us,” tulisnya pada video.
Bukan itu sahaja, Yaya atau nama sebenarnya Zuhairah Zahir, 32, turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya, malah dia bersyukur kerana akhirnya dapat berkongsi kegembiraan ini dengan orang ramai.
Kongsinya, dia tinggal lebih kurang tiga bulan sahaja lagi sebelum menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya dan bergelar seorang ibu.
“And thank you so much to every single one of you for the love and doa. 6 months done, just 3 more months to go. We are thankful and happy to finally share this news with all of you. Sending love to all,” katanya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti turut gembira dengan perkhabaran tersebut dan menzahirkan ucapan tahniah selain menitipkan doa untuknya dan bayi yang bakal dilahirkan kira-kira April nanti.
Yaya dan suaminya Arriz Azim telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2019. Tahniah diucapkan kepada Yaya dan suami. Semoga segala urusan dipermudahkan menjelang hari kelahiran.
Sumber : xtra
-
TERKINI1 year ago
Sape Yang Tak Sedih Anak Dah Tertiarap Selama 42jam , Ayah Kepada Siti Sarah Turut Bersedih Namun Tak Mahu Untuk Ditemubual
-
Uncategorized12 months ago
Subhanallah..Meningg4I Di Depan Mak4m Nabi, Rupanya lni AmaIan Sepanjang Hay4tnya
-
AGAMA2 years ago
Cara Mengamalkan Al-Fatihah Untuk Diri Sendiri, Memang Rugi jika tak Amal
-
AGAMA2 years ago
Sesuai Sabda Rasulullah, 5 Lokasi Ini Berhubungan Erat dengan Tanda-Tanda Kiamat Besar
-
AGAMA3 years ago
Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah yg dahsyat
-
TERKINI1 year ago
(TERKINI) Noor ShafieIa Mningg4I Dun1a,Anak Prempvan Safura Yaacob
-
AGAMA3 years ago
Pulangkan Balik Sihir Kepada Tuannya Dengan Membaca Surah Az-zalzalah 3 Kali
-
AGAMA3 years ago
Sepenat Mana Kerja Suami, Takkan Dapat Lawan Penat Isteri di Rumah