Connect with us

Uncategorized

Alhamdulillah, Tak Ada Majlis Pertunangan, Akhirnya Syafiq Kyle & Mimi Lana Kongsi Berita Gembira

Published

on

Alhamdulillah, Tak Ada Majlis Pertunangan, Akhirnya Syafiq Kyle & Mimi Lana Kongsi Berita Gembira

Selepas sering diasak mengenai perkahwinan, aktor Syafiq Kyle memaklumkan berita gembira bahawa dia kini sedang melakukan persiapan untuk menikahi aktres Mimi Lana dalam tahun ini.

Menurut laporan Harian Metro, aktor berusia 31 tahun itu berkata, dia dan Mimi sudah menyertai kursus kahwin sebagai persiapan sebelum mendirikan rumah tangga.

Ya, saya sudah menghadiri kursus kahwin bersama Mimi. Malah, ada yang memuat naik gambar ‘selfie’ ketika kami sama-sama menjalani kursus berkenaan.

“Buat masa ini saya tidak dapat memperincikan tarikh perkahwinan, namun apa yang boleh saya kongsikan dalam tahun ini juga. Mohon doa semua dipermudahkan urusan kami,” katanya.

Pelakon drama Cinta Buat Dara itu berkata, dia lebih melakukan persiapan diri selain mengutamakan perkara wajib terlebih dahulu.

“Ketika ini saya sibuk mempersiapkan diri untuk memikul tanggungjawab sebagai suami. Apa yang boleh saya kongsi, kita dulukan apa yang wajib sebelum memikirkan mengenai soal lain,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Syafiq atau nama penuhnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak mengakui rimas apabila kisah peribadinya lebih diperkatakan berbanding karier seninya.

Sekadar info, pasangan berkenaan mula terbuka untuk berkongsi tentang hubungan istimewa mereka pada 2019.

Pelakon Syafiq Kyle mengumumkan dirinya bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi dengan kekasih hatinya yang juga seorang selebriti, Mimi Lana. Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak berkata, dia sudah bersedia untuk bergelar seorang suami dan majlis pernikahan tersebut dijangkakan bakal berlangsung pada tahun depan.

“Sebenarnya, saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga pada usia begini,”ujar aktor berusia 30 tahun ini.

Dalam pada itu, Syafiq mendedahkan mereka mungkin tidak akan mengadakan majlis pertunangan kerana mahu terus bernikah dan melunaskan perkara wajib seperti tuntutan agama.

Dikesempatan itu, Syafiq menafikan khabar angin yang mengatakan mereka berdua bakal bernikah sekitar tahun ini. “Bagaimana nak nikah pada hujung tahun jika tiada persiapan dilakukan? Saya belum ‘tempah’ tok kadi pun untuk majlis tersebut

“Setakat ini, kami masih ada tarikh yang tetap kerana perlu menyelesaikan beberapa komitmen kerjaya sendiri terlebih dahulu. “InsyaAllah, kami tak akan berahsia apabila tarikh sudah ditetapkan nanti,” ujarnya.

Terdahulu, pasangan popular itu dikhabarkan bercinta selama lima tahun sebelum dikatakan putus pada Mei 2020. Namun, mereka dilihat seolah-olah kembali menjalinkan hubungan cinta menerusi beberapa perkongsian di laman Instagram masing-masing.

terdahulu, HUBUNGAN cinta dengan aktres Mimi Lana dikatakan sudah berakhir, pelakon Syafiq Kyle menegaskan dia enggan melayan gosip atau pertanyaan tanpa asas berkenaan kehidupan peribadinya itu.

Menganggap perkara tersebut tidak mempunyai kepentingan dan membuang masa, Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak tetap bersyukur hubungan mereka masih dalam fasa baik.

“Kadang-kadang kalau jadi macam ni, bukan saya tak nak jawab tapi saya jadi malu. Kita bukan bercinta umur 12 tahun. Esok lusa nak kahwin dah ni, lepas tu nak layan benda-benda macam tu la

“Mungkin lima tahun lepas saya boleh layan benda macam ni tapi sekarang dia jadi cringe. Tapi selagi kami berada dalam hubungan yang baik, Alhamdulillah. “Kita akan update benda yang lebih baik. ,”

Sumber : mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending