Connect with us

Uncategorized

Usop dah jadi ayah! Isteri selamat bersalin bayi lelaki, pilih nama Muhamad Saif Umar

Published

on

Usop dah jadi ayah! Isteri selamat bersalin bayi lelaki, pilih nama Muhamad Saif Umar

Penyanyi Usop kini bergelar seorang bapa apabila isterinya, Nur Fatihah Md Hashim selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka awal pagi Jumaat.

Menerusi laman Instagram, Usop atau Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24, meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi lelaki itu

Teha mendukung cahaya sulung mereka, Saif Umar.

Dalam perkongsiannya itu, Usop turut memberikan nama Muhamad Saif Umar kepada anak sulung mereka itu.

“Alhamdulillah. Assalamualaikum Muhamad Saif Umar. Terima kasih yang mendoakan isteri Usop,” katanya.

Bersama kapsyen tersebut, Usop turut memuat naik foto isterinya sedang mendukung bayi lelaki mereka.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan agar Saif Umar menjadi anak yang soleh.

Alhamdulillah. Assalamualaikum Muhamad Saif Umar. Terima kasih yang mendoakan isteri Usop.

“Alhamdulillah, tahniah Usop dan Teha. Moga Saif Umar menjadi anak yang soleh.

“Tahniah Usop dan Teha. Selamat berpantang Teha. Semoga bayi membesar dengan sihat,” tulis netizen.

Usop dan isteri bernikah pada Februari lalu.

Terdahulu, Fatihah atau Teha memuat naik video di aplikasi TikTok memohon maaf kepada suaminya ketika menunggu masa kelahiran.

Untuk rekod, Usop dan Fatihah bernikah di Kompleks Darul Hidayah, Penaga, Pulau Pinang pada 4 Februari 2022.

Selepas dua bulan mendirikan rumah tangga Usop berkongsi berita gembira memaklumkan isterinya sudah berbadan dua.

sumber : mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending