Connect with us

Uncategorized

[V] “Elok-elok sikit perangai na” – Penjual marah pelanggan, tak suka makanan dipegang-pegang… kena sound balik terus tutup ‘live’!

Published

on

[V] “Elok-elok sikit perangai na” – Penjual marah pelanggan, tak suka makanan dipegang-pegang… kena sound balik terus tutup ‘live’!

Video peniaga tegur pelanggan tular di TikTok.

Rakaman video memaparkan seorang peniaga wanita yang menegur pelanggan di gerainya mengundang perhatian netizen sejak Khamis pagi.

Dalam video itu, peniaga berkenaan menegur seorang pelanggan wanita, dipercayai kerana memegang makanan yang dijual di gerai miliknya.

“Jangan pegang, jangan pegang. Sebab kita meniaga ni makanan kak. Ha akak elok-elok sikit perangai na,” ujar peniaga itu dalam nada sinis sambil membungkus makanan.

Kemudian, kedengaran suara seorang pelanggan wanita, menegur semula peniaga itu kerana nada yang dituturkannya agak kurang sopan.

“Tegur tak payah la cakap elok-elok perangai. Saya tahu la saya salah, tapi…” ujar pelanggan itu.

Jangan pegang, jangan pegang. Sebab kita meniaga ni makanan kak. Ha akak elok-elok sikit perangai na.

Video tersebut berakhir di situ kerana peniaga berkenaan menamatkan siaran langsung (live) sejurus ditegur semua pelanggannya.

Bagaimanapun, sedutan video berkenaan sempat dirakam semula seorang individu lain yang bertindak menularkannya menerusi laman TikTok pada Khamis pagi sehingga meraih lebih 116,000 tontonan.

Rata-rata netizen turut menyelar tindakan peniaga itu yang dianggap tidak beradab dalam menegur kesalahan pelanggannya.

“Nak pegang tak boleh? Tapi dia bercakap tak berhenti tu cofirm ke air liur tak bersembur? Kat mana dia berniaga ni?

“Part dia (peniaga) kena marah terus tutup kamera.

Sebahagian netizen yang mengecam peniaga itu.

“Kalau kena kat aku, dia cakap macam tu, terus cancel yang aku order tu. Nak tegur customer, berbahasa sikit.

“Dia ni mask pun tak pakai, apron pun tak pakai, lagu mana tu?

“Mulut peniaga kena jaga kak oi,” tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, terdapat juga individu yang tidak menyalahkan peniaga berkenaan, sebaliknya setuju dengan teguran yang dibuat.

“Peniaga macam ni la bagus, menjaga kebersihan makanan dari pelanggan yang suka-suka pegang sana-sini,” tulis seorang pelayar TikTok.

Sumber : Mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending