Connect with us

Uncategorized

“I love you, papa… am always proud of you” – Nurul Izzah

Published

on

“I love you, papa… am always proud of you” – Nurul Izzah

Mengecapi kejayaan memerlukan pengorbanan.

Perjalanan penuh pancaroba pastinya dapat ditempuhi dengan keazaman yang utuh dan usaha berterusan.

Begitulah luahan puteri reformasi, Nurul Izzah melalui hantarannya di Instagram selepas bapanya, Anwar Ibrahim disahkan memegang jawatan Perdana Menteri ke-10, pada Khamis.

Berikut merupakan nukilan penuh Nurul Izzah di Instagram sebaik sahaja mendapat tahu mengenai berita gembira ini

“Dalam hidup di dunia, kita tidak mampu terlepas daripada dugaan.

Nurul Izzah setiap di sisi bapanya sepanjang perjuangannya.

Ketika kalah kita diduga,

Ketika menang juga kita diduga.

Yang pasti, sejak 1998 sehingga saat ini – adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan – menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua.

Anwar berjuang di pihak pembangkang sejak permulaan abad ke-21.

Cabaran tetap menanti – dan selepas upacara angkat sumpah – usaha menyatu padukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu.

I love you, Papa. Am always proud of you – even as you lay imprisoned as a prisoner of conscience.

Legasi yang kita tinggal kan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.

Jadikan masa depan, masa kita bersama. Khayr, InshaaAllah.”

Sumber : mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending