Connect with us

Uncategorized

Azhari Zain tak sempat habiskan PhD, rakan artis dedah sikap arwah tidak kedekut kongsi ilmu lakonan

Published

on

Azhari Zain tak sempat habiskan PhD, rakan artis dedah sikap arwah tidak kedekut kongsi ilmu lakonan

Aeril dan Khir kongsi kenangan bersama arwah Azhari.

Impian pengarah filem dan pelakon Allahyarham Azhari Zain menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) tidak kesampaian selepas dia terlantar sakit akibat serangan angin ahmar sejak Februari lalu.

Perkara itu dikongsikan oleh isterinya iaitu Wahizatul Nureen Azmi yang memaklumkan Azhari berhasrat menyambung pengajian kerana mahu memperjuangkan industri perfileman negara dan melakukan sesuatu perubahan dalam bidang seni.

“Arwah ingin menamatkan pengajian akademik peringkat PhD. Dia mempunyai cita-cita besar dalam industri perfileman dan kami tahu ada sesuatu yang sedang diusahakan sebab dia merupakan seorang berjiwa besar.

Isteri arwah Azhari kongsi kisah hasrat suami yang tidak kesampaian.

“Sebelum meninggal dunia, keadaannya agak teruk dan sukar untuk bernafas. Kita tahu dia sudah terlantar selama sembilan bulan, jadi sakit strok yang dihidapinya bukan tahap biasa,” katanya kepada mStar.

Wahizatul ditemui selepas selesai urusan pengebumian arwah di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Paip, Klang, Selangor pada Khamis.

Azhari menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Sunway Alam Suria, Shah Alam, Selangor kira-kira pukul 12.15 pagi, Khamis.

Arwah terlantar sembilan bulan akibat angin ahmar dan pernah dimasukkan ke hospital sejak Februari lalu.

Sementara itu, rakan artis iaitu Khir Rahman yang turut hadir meluahkan rasa terkilan apabila arwah tidak dapat meneruskan hasrat perjuangan yang sedang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

“Saya agak ralat arwah pergi meninggalkan kita semua kerana kami sedang memperjuangkan sesuatu dalam sebuah persatuan penggiat filem.

Saya boleh katakan arwah adalah seorang pendidik kerana sering berkongsi pengalaman di lokasi

AERIL ZAFREL

PELAKON

“Arwah merupakan seorang yang sangat disenangi ramai. Selaku penggiat filem, masing-masing ada ego tapi bila semua berkumpul semuanya cuba untuk menyelami hati antara satu sama lain dan saling mengenali walaupun dalam pendekatan pembikinan filem itu berbeza,” ceritanya.

Berkongsi mengenai sikap arwah, pelakon Aeril Zafrel pula menyifatkan Azhari seorang guru terbaik dan dia banyak mengutip ilmu mengenai dunia lakonan di set penggambaran.

Antara yang hadir di pengkebumian Azhari.

“Saya boleh katakan arwah adalah seorang pendidik kerana sering berkongsi pengalaman di lokasi. Ia bagaikan satu sesi pembelajaran di universiti apabila arwah mencurahkan ilmu kepada semua.

“Kali terakhir kami bekerjasama adalah dalam filem Abnormal di mana anak saya juga turut berlakon. Dia memberi didikan kepada Hayla dan disebabkan itu ramai yang kagum dan percaya pada bakat anak saya,” ujarnya.

Untuk info, Azhari yang juga merupakan pensyarah kanan di Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) pernah mengarah filem-filem seperti 3 2 1 Cinta, Santau, Hantu Dalam Botol Kicap dan Zoo.

Sumber : Mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending