Connect with us

Uncategorized

[V] “Kesian awak sakit” – Trafik sesak, rupanya lelaki bogel jalan kaki di LDP

Published

on

[V] “Kesian awak sakit” – Trafik sesak, rupanya lelaki bogel jalan kaki di LDP

Lelaki bogel dikesan berjalan kaki di LDP pada Khamis pagi.

Orang awam yang melalui Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) pagi Khamis dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki yang sedang berjalan kaki tanpa seurat benang.

Rakaman video 12 saat memaparkan pejalan kaki bogel itu, dipercayai mengalami masalah mental turut dikongsi di laman Twitter oleh seorang individu.

“Punca jem di LDP today dibawa oleh.. #MentalHealthMatters” tulisnya di Twitter.

Seorang lagi saksi yang melalui lebuh raya berkenaan untuk ke tempat kerja turut berkongsi kisahnya menerusi Instagram Story.

Seorang lagi saksi turut berkongsi mengenai hal itu menerusi Instagram Story.

“MasyaAllah, tadi ternampak seorang lelaki ni berjalan kaki bogel di laluan paling kanan LDP. Kesian awak sakit.

“Apa pun yang berlaku, saya doakan awak dipermudahkan segalanya, diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam perjalanan hidup hingga ke penghujungnya,” tulis pemilik Instagram itu.

Mereka yang memerlukan bantuan berkaitan kesihatan mental boleh menghubungi Befrienders di 03-7627 2929 atau layari laman web di www.befrienders.org.my.

Sumber : Mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending