Connect with us

SEMASA

Terkini! Pemberian Telefon Bimbit Percuma Kepada Pelajar.

Published

on

YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia, menyediakan data mudah alih dan bahan pembelajaran atas talian secara percuma kepada semua pelajar yang berdaftar di sekolah kerajaan di Malaysia. Hal ini adalah untuk menjaga keselamatan anak-anak dan terus menyokong pembelajaran mereka.

Telefon Bimbit Percuma Diberikan Kepada Pelajar Dari Keluarga B40

Pihak YTL akan menghulurkan bantuan dengan pemberian telefon bimbit secara percuma, lengkap dengan data 120GB (iaitu 10GB sebulan selama 12 bulan) bagi membantu para pelajar dari keluarga B40 untuk meneruskan pembelajaran dari rumah.

Peranan Guru Dalam Menyalurkan Telefon Bimbit Percuma

Sebagai pejuang barisan hadapan, mewakili para pelajar, khidmat para guru amat diperlukan dalam mengenal pasti pelajar yang tidak mempunyai gajet untuk menerima manfaat ini.

Sekiranya guru-guru mendapati mana-mana pelajar dari golongan keluarga B40 yang tidak mempunyai sebarang alat peranti di rumah dan tidak dapat meneruskan pembelajaran dari rumah, sila sertakan nama mereka di borang melalui pautan di bawah:

Klik pautan ini: https://ytlfoundation.org/belajardarirumah/

3 Langkah Mudah Untuk Menamakan Pelajar Yang Memerlukan Bantuan

✅ Langkah 1# Namakan pelajar yang memerlukan bantuan

Isikan butiran peribadi anda, pelajar yang terpilih berserta ibubapa pelajar.

✅ Langkah 2# Borang dilengkapkan oleh ibubapa

Sekiranya sah, ibubapa akan menerima notifikasi e-mel untuk melengkapi proses permohonan termasuk memuat naik borang B40 mereka.

✅ Langkah 3# Penghantaran telefon bimbit percuma dengan data 120GB kepada pelajar yang dinamakan

 

Sekiranya permohonan berjaya, guru dan ibubapa akan menerima e-mel berkenaan penghantaran

Untuk pencalonan pelajar yang berkelayakan untuk memohon telefon bimbit percuma dari YTL Foundation, sila klik pautan di bawah:

Pencalonan Pelajar: https://ytlfoundation.org/belajardarirumah/

sumber : mycikgu

Assalamualaikum semua..Ni kami nak minta tolong.. tolong subscribe channel youtube  Media islam Pertama Di Malaysia ni.. Caranya.. Mudah je.. tekan link Media Islam Ambil masa kurang 1minit je.. sama2 kita membantu media islam. Terima kasih semuaaaa
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending