Connect with us

PETUA

Dr Rizal Dedah Rahsia Kelebihan Makan Nenas, Kalau Mampu Ambillah Ia Setiap Hari

Published

on

Jemput baca pendedahan kelebihan nenas oleh DrRizal Abu Bakar ini.

Nenas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari.

1. Kaya Vitamin C

Nenas sarat dengan vitamin C. Vitamin yang cantikkan kulit. Vitamin ini penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus. Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre.

2. Kaya Dengan Bromelain

Yang menarik tentang nenas ialah ia ada bromelain. Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis.

Bromelain juga disebut antara bahan turunkan berat badan.

Menurut Experimental Neurology Bromelain boleh menghalang berlakunya alzheimer. Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak-jinaklah dengan nenas.

3. Bekalkan Tenaga Pada Sel Otak

Antara nutrisi lain ialah manganese. Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank.

4. Vitamin Anti Stress

Seperkara yang saya suka tentang nenas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya. Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress.

Petang petang balik kerja apa kata ambil sepotong nenas. Lepas makan baharulah pandu pulang. Pasti mood lebih baik.

Saya suka ambil terus. Sekali dengan empulurnya. Banyak mineral dan nutrisi di situ.

Apa kata cuba hari ini? Boleh boleh?

Assalamualaikum semua..Ni kami nak minta tolong.. tolong subscribe channel youtube  Media islam Pertama Di Malaysia ni.. Caranya.. Mudah je.. tekan link Media Islam Ambil masa kurang 1minit je.. sama2 kita membantu media islam. Terima kasih semuaaaa
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending