Connect with us

Uncategorized

Remaja Yang Pernah Dinobatkan Sebagai Kanak-kanak Paling Kecil Di Dvnia Pada 2012 M3ninggal Dvnia

Published

on

Remaja Yang Pernah Dinobatkan Sebagai Kanak-kanak Paling Kecil Di Dvnia Pada 2012 M3ninggal Dvnia

Kama Mirezzanial Kama Rezmie, 17, menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat rawatan tengah malam tadi.

Perkara tersebut dikongsi ahli keluarga remaja itu menerusi hantaran di Facebook.

“Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan anakanda istimewa saya Kama Mirezzanial Bin Kama Rezmie telah kembali ke rahmatullah pada 01.10.2021 pada jam 12.44 pagi (tengah malam) bersamaan hari Jumaat 24 Safar 1443 Hijrah.

“Semoga Allah menempatkan anakanda bersama hamba-hambaMu yang soleh,” tulis bapanya menerusi akaun Facebook @Kama Rezmie. Baru-baru ini, media melaporkan ibu remaja tersebut, Masitah Mohd Yusof, 43, merayu sumbangan orang ramai untuk membantu membiayai kos rawatan anaknya yang kini dirawat di Pusat Perubatan Sunway selepas diserang sawan.

Kama Mirezzanial dikatakan koma dan tidak sedarkan diri, memerlukan kos rawatan harian kira-kira RM5,000 hingga RM10,000.

Sebelum ini, Kama Mirezzanial mendapat perhatian ramai setelah dinobatkan sebagai kanak-kanak paling kecil di dunia pada tahun 2012.

Remaja itu mempunyai ketinggian hanya 90cm dan memakai baju saiz kanak-kanak berumur satu hingga dua tahun.

Sumber : dbongkar

Admin post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di majalah sinar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending