Connect with us

PETUA

Khasiat Bunga Tahi Ayam yang jarang diketahui Ramai

Published

on

khasiat Bunga Tahi Ayam yang jarang diketahui

POKOK bunga tahi ayam menghasilkan bunga yang cantik dan warnanya sama ada kuning atau oren terang memang menarik lagi sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan di halaman rumah.

Mungkin kerana baunya tidak seharum bunga mawar, melor, cempaka dan lain-lain, pokok bunga tahi ayam tidak begitu diminati sebilangan orang.

Bagaimanapun, faktor bau tersebut tidak pula menyebabkan ramai di kalangan masyarakat hari ini meminggirkannya sebagai tanaman hiasan, kerana pokok ini sebenarnya mempunyai khasiat yang tinggi dari segi perubatan herba dan tradisional.

Menurut Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan Bio Sains UPM, Serdang, Selangor, Dr. Mohd Said Saad, pokok ini mujarab untuk merawat luka-luka pada anggota badan.

“Pada asasnya tumbuhan ini mempunyai khasiat yang baik pada sudut perubatan herba kerana ia mempunyai sifat antiseptik yang sesuai untuk merawat luka-luka pada tubuh badan,” katanya dalam satu pertemuan di pejabatnya.

Menurutnya lagi, sifat antiseptik tumbuhan yang dalam saintifiknya dinamakan sebagai Lantana camara ini, terkandung pada lendir yang keluar dari daun-daunnya yang segar bila diramas.

“Kalau dipupuk daun-daun yang diaramaskan itu pada luka yang kita alami, ia mampu mengelakkan infeksi, menghentikan darah keluar dan luka-luka cepat sembuh,” katanya.

Malah, berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional tempatan, daun-daun pokok bunga tahi ayam ini juga sesuai untuk merawat bengkak ataupun terseliuh pada anggota yang tertentu

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending