Kerajaan digesa bantu prasarana SAR Al-Ehsaniah

    - Advertisement -

    LARUT: Adun Kubu Gajah, Ustaz Khalil Yahaya telah membuat lawatan ke Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Ehsaniah, Kampung Belia Khas, di sini semalam.

    - Advertisement -

    Pada lawatan ini, beliau mendapati bahawa masih tiada sebarang tindakan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk membaikpulih prasarana sekolah tersebut.

    “Sekolah Agama Rakyat yang didirikan dengan dinding separa simen dan separa kayu ini kelihatan sungguh dhaif kerana didapati dindingnya telah dimakan anai-anai.

    “Syiling yang rosak juga amat membahayakan keselamatan pelajar dan guru. Pihak kerajaan hendaklah peka terhadap isu ini meskipun pelajar di sekolah ini hanya hampir 50 orang sahaja,” ujarnya.

    Beliau sebelum ini telah berusaha mendapatkan bantuan daripada pihak kerajaan dengan mengadakan kertas kerja permohonan berkaitan pada Mac lalu, namun hingga kini masih tiada tindakan diambil.

    Ustaz Khalil turut menyatakan kekesalan dan berharap agar pihak kerajaan dapat mengambil tindakan yang serius bagi menyampaikan bantuan kepada pihak SAR Al-Ehsaniah. – HARAKAHDAILY 8/10/2019

    - Advertisement -