Connect with us

Uncategorized

Kanak2 perempuan berusia 12 tahun maut disambar petir ketika guna telefon bimbit

Published

on

Kanak2 perempuan berusia 12 tahun maut disambar petir ketika guna telefon bimbit

Seorang murid perempuan tahun enam maut dipercayai disambar petir ketika sedang berbual dengan rakannya menggunakan telefon bimbit di Kampung Baru Sungai Raya Luar, Gua Musang, Kelantan, hari ini.

Memetik laporan Utusan Malaysia, mangsa, Nur Asyqin Qistina M. Nor Zawawi, 12, yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis ditemukan terbaring di dalam bilik tidurnya dengan kesan terbakar pada bahagian lengan.

Menurut bapa mangsa, M. Nor Zawawi Awang, 54, berkata, semasa kejadian tersebut berlaku dia baharu sahaja selesai solat Asar di surau yang terletak di hadapan rumahnya.

M. Nor Zawawi memberitahu ketika kejadian dia dikejutkan dengan bunyi dentuman petir yang sangat kuat sebelum dimaklumkan oleh isteri mengenai keadaan anak keempatnya.

“…isteri memaklumkan anak keempat daripada lima beradik telah pengsan di tempat tidur sambil tangan kanannya memegang telefon bimbit.
Jelasnya lagi, terdapat kesan melecur pada tangan kanan anaknya selain bahagian tilam tempat tidur Nur Asyqin Qistina turut menunjukkan kesan terbakar.

Bapa mangsa memaklumkan, anaknya dibawa ke Klinik Kesihatan Kuala Betis dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas sebelum di bawa ke Hospital Gua Musang untuk tindakan lanjut sebelum proses pengebumian.

Sumber: Utusan Malaysia (Aimuni Tuan Lah)

Dah baca jangan lupa subscribe dan follow page kami Majalah Sinar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending