Connect with us

Uncategorized

“Inilah jodoh saya”- Aizat Amdan sah bergelar suami kepada pengurusnya

Published

on

“Inilah jodoh saya”- Aizat Amdan sah bergelar suami kepada pengurusnya

Dengan sekali lafaz, penyanyi terkenal, Aizat Amdan atau nama penuhnya, Muhammad Aizat Amdan selamat bergelar suami kepada pengurusnya, Elyssa Alia Ilias, hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, pasangan merpati dua sejoli itu selamat diijab kabulkan oleh bapa kepada pengantin perempuan, Leftenan Kolonel (B) Illias Moideen di sebuah majlis pernikahan serba sederhana yang bertempat di A-Park, Puchong.

Ujar Aizat, perkahwinan bersama pasangan pilihannya adalah permulaan baharu hidup sebagai suami isteri dan mempunyai perancangan untuk berbulan madu ke Tulum, Mexico.

“Ini adalah fasa dan permulaan baharu buat kami berdua. Dah lama orang tanya saya soalan mengenai jodoh, jadi inilah jodoh saya,” katanya.

Tambahnya lagi, dia bersama isterinya akan berlepas ke Los Angeles pada November ini untuk urusan kerja dan akan terus bergerak ke Tulum untuk bercuti.

Dalam pada itu, majlis pernikahan serba sederhana itu dihadiri kira-kira 100 tetamu termasuk keluarga, rakan-rakan rapat dan media.

Untuk info, Aizat telah menjalinkan hubungan percintaan bersama pengurusnya selama tiga tahun sebelum membuat keputusan untuk mendirikan mahligai bersama.

Sumber: Harian Metro (Syafil Syazwan Jefri)

Dah baca jangan lupa subscribe dan follow page kami Majalah Sinar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending