SEMASA
SIAP SEDIA!!! Stok tepung gandum hanya mampu bertahan sampai Julai, kata pemborong

usim ‘kemarau’ bagi bekalan tepung gandum kembali lagi apabila golongan peruncit mula berdepan keresahan setelah pihak pemborong mendakwa stok bahan mentah itu hanya mampu bertahan setakat Julai ini.
Desas-desus mengenai dakwaan itu telah menimbulkan kegelisahan dalam kalangan peruncit dan juga peniaga yang ketika ini sememangnya sukar memperoleh bekalan tersebut.
Situasi itu juga menyebabkan berlakunya kenaikan harga apabila sepeket tepung gandum satu kilogram (kg) kini dijual sehingga RM3.50 berbanding RM2.80, manakala sekotak tepung gandum 10kg naik sehingga RM6, menjadikan harga terkini mencecah RM28.
Di George Town, beberapa peruncit memberitahu, pihak pemborong mendakwa masalah itu berlaku berikutan kekurangan bahan utama iaitu gandum untuk diproses di peringkat pengilang.
Seorang peruncit yang mahu dikenali sebagai Lim, 53, berkata, bekalan tepung gandum memang mengalami kekurangan sejak akhir-akhir ini sehingga berlakunya perubahan drastik harga di peringkat pemborong.
“Masalah ini dikatakan berpunca di peringkat pengilang apabila bahan utama untuk memproses bekalan itu semakin menyusut, malah ketiadaan gandum yang diimport.
“Ini yang dimaklumkan pemborong kepada kami. Mereka mengatakan bekalan itu hanya mencukupi setakat Julai ini.
“Sudahlah permintaan terhadap tepung gandum dalam kalangan peniaga semakin meningkat menjelang Ramadan lalu, hari ini bekalan itu pula makin kurang,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.
Seorang peniaga runcit yang mahu dikenali sebagai Sharif, 44, pula berkata, dia jenuh mencari bekalan tepung gandum daripada pelbagai pemborong.
“Memang ramai pemborong, tetapi kami terpaksa bertanya dan mencari setiap daripada mereka,” ujarnya.
Di Shah Alam, tinjauan Kosmo! di beberapa pasar raya dan kedai runcit semalam mendapati, hanya satu rak tepung gandum tersedia kepada pelanggan berbanding dua ke tiga rak sebelum ini.
Seorang pekerja kedai runcit, Aishah Shafiai, 28, berkata, bekalan tepung gandum semakin berkurangan sejak beberapa minggu lalu.
Katanya, harga sekotak tepung gandum yang mengandungi 10 peket 1kg juga telah mencecah sehingga RM35.
“Harga yang peruncit dapat pun mahal daripada pemborong. Setiap kali buat pesanan pembelian, rasanya harga akan naik sekitar 20 sen hingga 50 sen dan sekarang hampir RM35 sekotak.
“Setiap kotak ada 10 peket tepung 1kg, takkan kami nak jual RM2.80, jadi terpaksa naik harga kepada RM3.30, itu pun macam tiada untung,” ujarnya
Sumber : Kosmo!
-
TERKINI1 year ago
Sape Yang Tak Sedih Anak Dah Tertiarap Selama 42jam , Ayah Kepada Siti Sarah Turut Bersedih Namun Tak Mahu Untuk Ditemubual
-
Uncategorized12 months ago
Subhanallah..Meningg4I Di Depan Mak4m Nabi, Rupanya lni AmaIan Sepanjang Hay4tnya
-
AGAMA2 years ago
Cara Mengamalkan Al-Fatihah Untuk Diri Sendiri, Memang Rugi jika tak Amal
-
AGAMA2 years ago
Sesuai Sabda Rasulullah, 5 Lokasi Ini Berhubungan Erat dengan Tanda-Tanda Kiamat Besar
-
AGAMA3 years ago
Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah yg dahsyat
-
TERKINI1 year ago
(TERKINI) Noor ShafieIa Mningg4I Dun1a,Anak Prempvan Safura Yaacob
-
AGAMA3 years ago
Pulangkan Balik Sihir Kepada Tuannya Dengan Membaca Surah Az-zalzalah 3 Kali
-
AGAMA3 years ago
Sepenat Mana Kerja Suami, Takkan Dapat Lawan Penat Isteri di Rumah